Hafidzul Hilmi Mohd Noor


NAIB Presiden PKR Tian Chua ditampar dan dibaling botol minuman penyokong parti berkenaan dalam kejadian di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, sebentar tadi.

Penyokong parti berkenaan dipercayai tidak berpuas hati kepada Tian Chua yang dilihat cenderung kepada kem bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selain menjerit ‘pengkhianat’ kepadanya ketika mahu meninggalkan pejabat berkenaan selepas mesyuarat.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dan Setiausaha PKR Selangor Mohd Razlan Jalaluddin turut diserang kumpulan penyokong parti berkenaan di lokasi sama.

Kebanyakan penyokong PKR dilihat berang dan menjerit perkataan ‘pengkhianat’ kepada kedua-dua individu berkenaan.

Bagaimanapun situasi selama 10 minit itu berjaya dikawal beberapa individu dari kumpulan otai reformis.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2020 @ 2:26 PM