RAKAMAN video menunjukkan Tian Chua diserang di Ibu Pejabat PKR. FOTO NSTP
RAKAMAN video menunjukkan Tian Chua diserang di Ibu Pejabat PKR. FOTO NSTP
Ekhwan Haque Fazlul Haque


NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua enggan memanjangkan isu diserang sekumpulan individu di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Menurutnya, setakat ini di belum bercadang membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

“Saya tidak buat laporan polis lagi. Tidak mengapa,” katanya ringkas ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan yang turut mendapat perhatian pemimpin kanan parti itu.

Chua ditampar dan dibaling botol minuman penyokong parti berkenaan dipercayai tidak berpuas hati terhadapnya yang dilihat ‘mesra’ kumpulan bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kejadian berlaku ketika bekas Ahli Parlimen Batu itu mahu meninggalkan pejabat berkenaan selepas hadir memberi penerangan terhadap kepimpinan kanan parti itu.

Penyokong PKR yang mula berkumpul sejak pagi tadi berang dan menjerit perkataan ‘pengkhianat’ dan situasi selama 10 minit itu berjaya dikawal penyokong lain dan anggota polis.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 32 tahun itu adalah ahli Cabang PKR Gombak ditahan sejurus kejadian.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2020 @ 6:06 PM