AHLI keluarga menziarahi jenazah Abdullah di kediamannya di Taman Sri Gombak selepas pesara polis itu meninggal dunia ketika menunggu waktu solat Subuh di Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak, Gombak, hari ini. FOTO ihsan pembaca.

Mohd Rizal Abdullah

PESARA polis tiba-tiba rebah sebelum meninggal dunia ketika menunggu waktu Subuh di Masjid Alkhariyyah Sri Gombak. Gombak, hari ini.

Abdullah Salleh, 69, dari Taman Sri Gombak dikatakan baru lepas berwuduk dan sedang bersila di ruang solat sementara menunggu azan Subuh.

Bagaimanapun, arwah tiba-tiba rebah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan pada 5.30 pagi.

Isterinya, Ruslin Annuar, 69, berkata, suaminya itu pernah mengadu sesak nafas selain dalam keadaan lemah kebelakangan ini.

“Bagaimanapun, arwah masih kuatkan diri untuk berjemaah di masjid," katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.

Arwah meninggalkan dua anak, Ably Nisyam, 38, serta Nadia, 35, dan tiga cucu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Permata, Gombak selepas solat Asar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2019 @ 2:42 PM