MAT Nawi  (depan) bersama anaknya Ibrahim  membersih saluran air ke  kolam ikannya di Kampung Lepan Jaya.
MAT Nawi (depan) bersama anaknya Ibrahim membersih saluran air ke kolam ikannya di Kampung Lepan Jaya.
Ramli Ibrahim


PENTERNAK ikan kolam di Kampung Lepan Jaya, di sini bakal berdepan kerugian lebih RM500,000 sekiranya kemarau berpanjangan.

Mat Nawi Hussin, 60, berkata, dia menternak 100,000 pelbagai jenis ikan kolam sejak 26 tahun lalu, dan kali pertama berdepan fenomena kemarau yang panjang.

“Sejak kemarau panjang bermula lebih sebulan lalu, semua lapan kolam ikan surut 0.5 meter.

“Paling membimbangkan jika keadaan itu berterusan boleh menyebabkan kematian 9,000 ikan kelah saya.

“Ikan kelah ini pula hampir matang untuk dijual dan setiap seekor mempunyai berat antara satu hingga tiga kilogram, boleh dijual pada harga RM200 sekilogram,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Selain ikan kelah, Mat Nawi juga menternak 40,000 ikan tilapia, ikan patin (30,000) dan ikan tongsan (20,000).

Menurutnya, dia kini buntu memikirkan cara untuk mengatasi masalah air kolam ikan yang semakin kering dan berharap ada bantuan daripada pihak berkuasa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2019 @ 9:00 AM