BAS ekspress yang terbabas di Lebuhraya Ipoh-Lumut dekat Batu Gajah Perdana. FOTO ihsan Bomba
BAS ekspress yang terbabas di Lebuhraya Ipoh-Lumut dekat Batu Gajah Perdana. FOTO ihsan Bomba
Muhammad Apendy Issahak


PEMANDU bas dan seorang penumpang maut, manakala 15 lagi cedera selepas bas ekspres dua tingkat yang dinaiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Jalan Ipoh - Lumut berhampiran Batu Gajah Perdana, Ipoh, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Zainal Abidin Wok berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu, 5.08 pagi tadi dan sebaik tiba di lokasi mendapati kemalangan membabitkan bas ekspres dua tingkat.

Menurutnya, bas berkenaan dipercayai terbabas dan merempuh batu pembahagi jalan ditengah-tengah laluan terbabit.

“Setakat ini dua mangsa didapati meninggal dunia di lokasi kejadian membabitkan seorang lelaki yang juga pemandu bas dan penumpang wanita.

“Manakala 15 lagi penumpang dilaporkan cedera dan kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk rawwatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di Ipoh, hari ini.

Zainal Abidin berkata, berdasarkan maklumat awal bas terbabit dalam perjalanan daripada Ipoh menuju ke Lumut.

“Bomba kini masih menjalankan operasi pembersihan lokasi kemalangan itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 September 2018 @ 9:41 AM