ANGGOTA perubatan memberi bantuan kepada mangsa cedera susulan gempa bumi di Lombok. FOTO Reuters
ANGGOTA perubatan memberi bantuan kepada mangsa cedera susulan gempa bumi di Lombok. FOTO Reuters
AFP

GEMPA bumi pada kedalaman cetek bermagnitud 6.4 menggegarkan Pulau Lombok di Indonesia hari ini, lapor Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Tiada laporan kerosakan mahupun kecederaan diterima setakat ini susulan gegaran kuat pada kedalaman tujuh kilometer itu.

Indonesia yang terdiri daripada ribuan pulau terletak di garisan lingkaran api pasifik, pusat aktiviti gegaran seismik.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Julai 2018 @ 10:28 AM