FIJI.
FIJI.
BERNAMA

Moscow: Gempa bumi bermagnitud 6.0 melanda negara pulau, Fiji, lapor Sputnik yang memetik Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gempa itu pada kedalaman 398 kilometer (km) dan dikesan kira-kira 340 km di utara bandar Levuka.

Tiada laporan mengenai kerosakan atau mangsa.

Selain itu, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Fiji terletak di dalam Lingkaran Gunung Berapi dan sering dilanda gempa bumi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 12:15 PM