FOTO IG Aidil Aziz.
FOTO IG Aidil Aziz.
Sudirman Mohd Tahir


“YA, ramai yang suka saya berkawan dengan dia (Aidil Aziz), kerana dia bukanlah suami orang dan bukanlah seorang duda,” kata pelakon, Fasha Sandha mengenai hubungan ‘teman tapi mesra’ bersama pelakon, Aidil Aziz.

Pun begitu, Fasha, 34, mengakui ada segelintir pihak yang tidak suka dia berkawan dengan jejaka itu gara-gara kisah lampau Aidil yang pernah terkait dengan isu dadah.

Dalam masa, penyebaran video yang mendakwa Fasha dan Aidil berpelukan dengan niat mengaibkan mereka.

“Apa saja pendapat diberikan sekarang, saya terima dengan positif kerana yakin semua mahukan yang terbaik. Saya terima dengan hati terbuka.

“Past is past. Siapa kita untuk menilai orang lain. Siapa kita untuk menghukum orang lain. Allah lebih mengetahui segalanya,” tulisnya menerusi Instagram (IG) .

Menerusi status sama yang memaparkan Fasha bersama dua anak bergambar Aidil, pelakon drama Teratai Kemboja itu berkongsi dia menyukai kesederhanaan dimiliki Aidil.

“Kesederhanaan dia membuatkan saya selesa kerana saya juga wanita sederhana yang sukakan kesederhanaan.

“Dialah sahabat saya yang mampu buat kami gembira dan ketawa,” katanya.

Sementara itu, Aidil turut memuat naik status ringkas berbunyi ‘doakan yang baik-baik aje’ beserta tanda pagar #dontjudgebookbyitscover .

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Jun 2018 @ 10:56 AM