Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Mereka bukan Si Tanggang yang derhaka pada orang tua kerana sayangkan harta, sebaliknya anak-anak ini mahu memberikan yang terbaik kepada ibu bapa masing-masing.

Mungkin ada yang salah faham atau memandang negatif dengan keputusan mereka meninggalkan ibu bapa di pusat jagaan warga emas, namun itu adalah pilihan terbaik yang ada demi mencari rezeki dan pada masa yang sama menunjukkan rasa kasih kepada orang tua.

Malah mereka ini sanggup membelanjakan RM2,700 hingga RM7,000 sebulan dan RM250 sehari bagi yang menghantar ibu bapa secara harian.

PENGURUS Operasi Laman Khaira, Mohd Muhaimin Samad membantu  seorang warga emas yang ingin menunaikan solat di Pusat Penjagaan dan Pendidikan Islam Dewasa Laman Khaira yang terletak di Presint 16, Putrajaya. FOTO Zulfadhli Zulkifli.
PENGURUS Operasi Laman Khaira, Mohd Muhaimin Samad membantu seorang warga emas yang ingin menunaikan solat di Pusat Penjagaan dan Pendidikan Islam Dewasa Laman Khaira yang terletak di Presint 16, Putrajaya. FOTO Zulfadhli Zulkifli.

Pusat jagaan warga emas adalah pilihan terbaik buat mereka berbanding meninggalkan ibu atau bapa mungkin sudah uzur keseorangan di rumah tanpa pengawasan.

Jika di pusat jagaan warga emas keselamatan, makan minum dan penjagaan ibu bapa masing-masing lebih terjamin kerana diuruskan jururawat khas terlatih, malah sebahagian besar masa dihabiskan dengan menelaah serta membaca al-Quran di kelas disediakan.

Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Mac 2018 @ 6:30 AM