RITA Rudaini bersama anak, Airit Rayyan dan Arjuna pada Sidang Media Anugerah MeleTOP Era 2018 di Hotel Hilton. FOTO Mahzir Mat Isa
RITA Rudaini bersama anak, Airit Rayyan dan Arjuna pada Sidang Media Anugerah MeleTOP Era 2018 di Hotel Hilton. FOTO Mahzir Mat Isa
Najiy Jefri


“HINA sangat ke rezeki yang saya cari untuk anak-anak? Apa salah saya jadi pengacara?" kata pelakon popular Rita Rudaini terkilan dengan sikap individu yang memandang rendah terhadap kerjayanya sebagai pengacara program beli-belah dalam talian, CJ Wow Shop.

Rita ketika dihubungi berkata, dia terpanggil untuk membalas mesej peribadi yang dihantar seorang daripada pengguna Instagram apabila berasakan ia bersifat hinaan.

"Saya sedih apabila dia mempertikaikan rezeki yang saya cari untuk anak-anak.

PAPARAN mesej yang diterima Rita Rudaini menerusi Instagram. FOTO Instagram Rita Rudaini
PAPARAN mesej yang diterima Rita Rudaini menerusi Instagram. FOTO Instagram Rita Rudaini

"Mengapa perlu persoalkan cara pengacaraan saya. Keji sangat ke jadi pengacara dan salah ke saya tua? Kenapa dia perlu susah hati sangat dengan kerja saya," katanya.

Menurut Rita, dia tidak menyukai golongan seperti individu terbabit yang bercakap tanpa berfikir dan menyifatkan golongan seperti itu busuk hati.

"Saya sengaja mendedahkan akaun individu terbabit sebagai pengajaran untuk dia dan orang lain. Saya harap dia menjaga adab dan menjadi manusia yang lebih baik.

"Janganlah bersifat busuk hati pada orang lain. Buat apa nak pertikai rezeki yang Allah SWT berikan kerana setiap manusia ada bahagiannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 January 2018 @ 3:16 PM