Mahaizura Abd Malik


Serdang: “Hari-hari kena dukung anak setiap kali keluar rumah. Berat anak dan kerusi roda cuma 38 kilogram tapi masalah lutut (Arthritis) menyebabkan saya sakit setiap kali mendukungnya.

“Meskipun doktor nasihatkan saya jangan angkat objek berat tapi saya tiada pilihan,” kata Siti Zailah Zainal, 40, yang tidak pernah jemu melayan anak istimewa, Nur Nia Alisha Ahmad Yaman, 8, yang juga penghidap palsi serebral (CP).

Ibu tunggal itu berkata, dia bersama Nur Nia Alisha dan seorang lagi anaknya, Ahmad Bilal I’qwan, 13, menyewa di tingkat dua rumah kedai tiga tingkat di Taman Lestari Perdana di sini, sejak tiga tahun lalu.

Keadaan Nur Nia Alisha menyebabkan dia membawa kanak-kanak itu bersamanya setiap kali keluar bagi urusan harian.

“Saya usung naik turun tangga anak bersama kerusi rodanya empat ke lima kali sehari kerana rumah kami tidak ada kemudahan lif.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Mac 2018 @ 7:31 AM
SITI Zailah menyuapkan makanan dan menguruskan Nur Nia Alisha yang menghidap kelumpuhan otak.
SITI Zailah menyuapkan makanan dan menguruskan Nur Nia Alisha yang menghidap kelumpuhan otak.