PASUKAN keselamatan Israel melakukan serbuan di kampung Palestin di Aqaba, Tebing Barat, pada 1 September lalu. FOTO fail AFP
PASUKAN keselamatan Israel melakukan serbuan di kampung Palestin di Aqaba, Tebing Barat, pada 1 September lalu. FOTO fail AFP
BERNAMA

Ramallah: Tentera Israel pada Khamis menyerbu beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki dan menahan 13 rakyat Palestin.

Sumber tempatan memberitahu Agensi Anadolu bahawa tentera Israel mencederakan seorang warga Palestin di kem pelarian Dheisha di selatan Baitulaham (Bethlehem), manakala berpuluh-puluh yang lain mengalami sesak nafas akibat gas pemedih mata Israel.

Persatuan Tahanan Palestin dalam satu kenyataan berkata, tiga daripada rakyat Palestin yang ditahan dibawa dari kem Dheisha, manakala selebihnya ditahan dari pelbagai kawasan di seluruh Tebing Barat.

Tentera Israel kerap melakukan kempen penangkapan di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki dengan alasan untuk mencari warga Palestin yang "dikehendaki."

Menurut angka rasmi Palestin, tentera Israel menahan hampir 5,100 rakyat Palestin, termasuk 165 kanak-kanak, 33 wanita, manakala 1,200 yang lain ditahan tanpa pertuduhan atau perbicaraan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2023 @ 9:51 AM