AFP

SEKURANG-KURANGNYA 26 orang maut dan 20 mangsa lain cedera selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan di gereja berhampiran San Antonio, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada pagi Ahad (waktu tempatan).

Bagaimanapun, Gabenor Texas, Greg Abbott memberi amaran jumlah mangsa terkorban mungkin meningkat.

“Sebanyak 26 nyawa terkorban. Kami tidak mengetahui jika jumlah ini akan meningkat, hanya ia terlalu ramai dan kejadian ini akan menjadi satu penderitaan lama,” katanya.

Mangsa yang berusia lima hingga 72 tahun ditembak di Gereja First Baptist di Sutherland Springs, sebuah kampung dengan 400 penduduk yang terletak 50 kilometer di tenggara San Antonio.

Pengarah kawasan di Jabatan Keselamatan Awam Texas, Freeman Martin berkata, suspek melepaskan tembakan di luar gereja itu sebelum memasuki bangunan dan terus menembak.

“Apabila dia keluar dari gereja, seorang penduduk tempatan cuba merampas senjata Ruger AR digunakan suspek dan bergelut dengannya. Suspek melepaskan senjatanya dan cuba melarikan diri sebelum dikejar penduduk itu,” kata Martin.

Suspek kemudiannya ditemui mati di dalam keretanya yang terbabas.

Beberapa senjata turut ditemui polis dalam kenderaan itu.

Namun, belum dipastikan jika suspek membunuh diri atau ditembak oleh penduduk yang mengejarnya, katanya.

ORANG ramai menghadiri upacara memperingati mangsa kejadian tembak. FOTO EPA
ORANG ramai menghadiri upacara memperingati mangsa kejadian tembak. FOTO EPA

Pihak berkuasa tidak mendedahkan identiti suspek dan hanya berkata, suspek lelaki kaukasia berusia 20-an yang memakai baju kalis peluru dan ditemui mati di dalam kenderaannya selepas berhadapan penduduk kampung.

Namun, media AS mengenal pasti suspek sebagai veteran Tentera Udara berusia 26 tahun yang didakwa di mahkamah tenetera dan dilepaskan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 November 2017 @ 11:53 AM
ORANG ramai menghadiri upacara memperingati mangsa kejadian tembak. FOTO EPA
ORANG ramai menghadiri upacara memperingati mangsa kejadian tembak. FOTO EPA
ANGGOTA polis di lokasi kejadian. FOTO EPA
ANGGOTA polis di lokasi kejadian. FOTO EPA