UBAI dan Shila berkongsi kelahiran bayi perempuan mereka.
UBAI dan Shila berkongsi kelahiran bayi perempuan mereka.

Kuala Lumpur: Penyanyi Shila Amzah selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira.

Berita gembita itu dikongsikan suaminya yang juga pempengaruh Ubaidillah Zulkefli atau Ubai di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

" Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta.

"Pengalaman pertama kali melaungkan azan untuk cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan. Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga," tulisnya.

Menurut Ubai, sebagai bapa dia akan menjaga amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.

"Takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat. Kami akan jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang kau berikan ini," katanya.

Shila dan Ubai bernikah pada 5 Ogos tahun lalu di Ampang, di sini.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2024 @ 10:05 PM