MOHD Syarul Azman Mahen Abdullah mempertahankan gelaran Mr Universe pada Kejohanan Bina Badan Dunia dan Sukan Fizik di Mongolia.
MOHD Syarul Azman Mahen Abdullah mempertahankan gelaran Mr Universe pada Kejohanan Bina Badan Dunia dan Sukan Fizik di Mongolia.
MOHD Syarul (empat kiri) mempertahankan gelaran Mr Universe pada Kejohanan Bina Badan Dunia dan Sukan Fizik.
MOHD Syarul (empat kiri) mempertahankan gelaran Mr Universe pada Kejohanan Bina Badan Dunia dan Sukan Fizik.
Azlan Muhammad Zain


MOHD Syarul Azman Mahen Abdullah mempertahankan gelaran Mr Universe pada Kejohanan Bina Badan Dunia dan Sukan Fizik di Mongolia, malam tadi.

Dia yang bersaing dalam sukan fizik bagi kategori 167cm ke atas, mengatasi cabaran peserta lain untuk meraih pingat emas walaupun berdepan dengan cuaca sejuk.

"Cabaran kali ini bukan saja hadir dari pencabar negara lain namun cuaca yang sejuk. Ia memberikan kesukaran kepada kami terutamanya kerana sukan ini membabitkan otot.

"Sejak awal sukar untuk kami menyesuaikan diri kerana cuaca adalah sekitar negatif lima darjah celcius. Namun saya tidak mahu sia-siakan persediaan yang dilakukan selama ini dan memberikan yang terbaik semasa pertandingan malam tadi.

"Saya gembira pengorbanan termasuk jadual yang ketat menghadapi dua kejohanan besar (peringkat Asia dan dunia) yang hampir membuahkan hasil yang diharapkan," jelasnya yang turut meraih kejuaraan yang sama tahun lalu.

Ia adalah kejayaan berganda buat atlet kelahiran Kuala Lumpur berkenaan selepas meraih gelaran Mr Asia kali ketiga pada Ogos lalu.

Ia turut menepati sasaran Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) yang menaruh harapan dia mampu mempertahankan gelaran yang diraihnya tahun lalu.

Turut cemerlang adalah Malvern Abdullah yang meraih perak dalam disiplin bina badan bagi kategori 60kg.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Oktober 2017 @ 12:22 PM