MANGSA (gambar kecil) maut ditendang lembu korban.
MANGSA (gambar kecil) maut ditendang lembu korban.
Mohamad Zulhairie Manzaidi


LELAKI maut akibat ditendang oleh lembu korban ketika mahu mengikat kaki haiwan itu, Jumaat lalu.

Dalam kejadian 10.30 pagi di Kampung Dusun Durian, Seri Mahligai, Kuala Krai, Kamarudin Mamat, 65, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman di dada dan perut.

Isteri mangsa, Che Hasmah Abd Rahman, 59, berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir pada 11 pagi ketika dalam perjalanan ke hospital.

Katanya, selepas ditendang orang ramai membawa suaminya dalam keadaan lemah itu ke rumah.

"Suami masih sedar dan boleh bercakap sebelum arwah mengadu sesak nafas dan meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi di Kuala Krai, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 September 2017 @ 3:59 PM