SIVASANGARI berjaya menewaskan Rachael pada perlawanan akhir squash wanita sempena di Pusat Squash Bukit Jalil.
SIVASANGARI berjaya menewaskan Rachael pada perlawanan akhir squash wanita sempena di Pusat Squash Bukit Jalil.
BERNAMA

MEMORI terindah buat pemain skuasy negara, S Sivasangari apabila berjaya meraih dua pingat emas dalam penyertaan pertama kalinya di Sukan SEA.

Pada Sukan SEA kali ini, Sivasangari di ranking ke-61 dunia, menewaskan rakan senegara, Rachel Arnold yang juga juara bertahan dan ranking 52 dunia, 15-13, 13-11, 11-6 dalam final perseorangan wanita di Pusat Skuasy Nasional, Kuala Lumpur.

Pemain berusia 18 tahun itu sebelum ini meraih pingat emas dalam acara beregu campuran berganding dengan Sanjay Singh Chal.

“Memang kami selalu berlawan bersama, jadi hari ini saya cuba memberi permainan terbaik saya dan ia tidak mudah,” katanya yang akan beraksi di Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di Perancis.

Sementara itu, juara remaja dunia Ng Eain Yow menang mudah ke atas Muhammad Syafiq Mohd Kamal selepas mencatatkan mata 11-4, 11-9, 11-2.

Katanya kemenangan ke atas rakan senegara itu sekurang-kurang dapat membantu keyakinannya untuk beraksi di Jelajah Dunia PSA di Hong Kong, bulan depan.

Sebelum ini Eain Yow meraih pingat emas acara beregu lelaki bersama-sama Muhammad Syafiq.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Ogos 2017 @ 10:12 PM