LORONG bangunan di Jalan Datuk Keranji menjadi tempat pasangan suami isteri, Sarman Arjo dan Malanita Salman membaiki kasut sebelum ini.
LORONG bangunan di Jalan Datuk Keranji menjadi tempat pasangan suami isteri, Sarman Arjo dan Malanita Salman membaiki kasut sebelum ini.
Rosman Shamsudin

Berkat usaha gigih sepasang suami isteri dulunya menjadi tukang kasut di celah lorong bangunan tepi kaki lima di Jalan Datuk Keranji, Tanjung Malim, kini mampu memiliki kedai kasut sendiri.

Pasangan suami isteri, Sarman Arjo, 60, dan Malanita Salman, 53, memang cukup dikenali oleh penduduk setempat dan pengunjung pekan ini yang setiap hari bertungkus-lumus membaiki kasut pelanggan tanpa mengenal erti penat dan susah.

Bermula pada 1980-an, Sarman yang masih bujang ketika itu menetap di Johor dan mula mempelajari cara membaiki kasut daripada rakannya sehingga mahir serta mampu berdikari.

Sarman berkata, selepas itu sekitar 1990-an dia berpindah ke pekan Tanjung Malim dan membuka pondok membaiki kasut di tepi bangunan stesen bas.

Katanya, bila berkahwin dengan Malanita pada 1997 dan isteri turut mengikut langkahnya sebagai tukang kasut, tetapi kali ini di celah lorong bangunan yang serba kekurangan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Julai 2017 @ 6:52 AM