AKIM bersama Stacy dan anak mereka, Bella serta Eshaal.
AKIM bersama Stacy dan anak mereka, Bella serta Eshaal.

Walaupun sibuk menguruskan rumah tangga dan keperluan cahaya mata sulung yang kini berusia empat bulan, penyanyi popular Akim Ahmad tetap mengutamakan bidang nyanyian bersama The Majistret.

Terbaru, kumpulan yang turut dianggotai Zimie (gitar), Beby (gitar), Gjie (gitar), Faoq (bass), Afiez (keyboard) dan Wan (dram) itu tampil dengan single baru berjudul Lagu Untuk Laila.

Menurut Akim, single terbabit sudah selesai menjalani proses rakaman dan bakal dilancarkan tidak lama lagi.

“Soal karier akan tetap diutamakan, namun kewajipan terhadap keluarga tidak boleh diambil mudah. Alhamdulillah saya dapat membahagikan masa sama rata antara keluarga dan kerjaya.

“Selepas sibuk menguruskan lagu untuk isteri dan beberapa penyanyi tempatan, saya kini bakal tampil dengan single baru berjudul Lagu Untuk Laila bergenre rock & roll yang mengisahkan Hikayat Laila dan Majnun,” katanya yang kini mula mendapat kepercayaan menerbitkan lagu buat penyanyi tempatan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Julai 2017 @ 10:53 AM