REDZA hargai jasa semua penerbit pernah bekerjasama dengannya.
REDZA hargai jasa semua penerbit pernah bekerjasama dengannya.

Kenyataan pelakon Redza Rosli dalam program Melodi minggu lalu yang menegaskan cintanya hanya untuk wanita menimbulkan persoalan banyak pihak.

Ia sekali gus menepis dakwaan kononnya hidup Redza selama ini bergantung harap kepada seseorang dalam industri.

Ramai beranggapan perkara itu ditujukan kepada seorang penerbit lelaki yang sebelum ini kerap menawarkan Redza berlakon dalam karya terbitannya.

Bagaimanapun, Redza yang ditemui baru-baru ini menafikan perkara itu sebaliknya kenyataan dikeluarkan bersifat menyeluruh dan bukan ditujukan kepada sesiapa.

“Saya bebas daripada sesiapa, jadi kenyataan itu tak ada kena mengena dengan mana-mana pihak. Saya bercakap sedemikian kerana perkara sama ditanya banyak kali sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Jun 2017 @ 2:21 AM