WEE (kanan) memeriksa tangki menempatkan spesies ikan larangan.
WEE (kanan) memeriksa tangki menempatkan spesies ikan larangan.
Zairee Mohd Yasak


Melaka: Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pemilik premis menjual ikan hiasan jika dikesan mengimport, menjual dan memelihara genus (baka ikan) ikan hidup tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan negeri Doreen Wee Siew Leen berkata, pihaknya sedang menjalankan pemantauan secara menyeluruh di semua premis menjual ikan hiasan di negeri ini.

Menurutnya, jika dikesan memelihara genus ikan larangan, pemilik premis akan diberi notis 30 hari untuk mendapatkan surat kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Doreen berkata, pihaknya menetapkan 15 genus ikan dilarang dibawa masuk ke negara ini antaranya bawal merah, piranha, ikan buaya (lepisosteus), ikan naga (arapaima) dan flower horn.

“Kami akan rampas ikan terbabit jika pemilik masih lagi berdegil selepas tamat tempoh 30 hari diberikan oleh bahagian penguat kuasa melakukan pemeriksaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Jun 2017 @ 7:03 AM