Mohd Husni Mohd Noor


KEMENTERIAN Luar sedang memantau rapi insiden letupan yang berlaku di Manchester Arena, England selain menasihatkan warga Malaysia yang menetap di sekitar lokasi kejadian supaya berjaga-jaga dan patuh kepada arahan pihak berkuasa tempatan.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Kementerian Luar berkata, warga negara Malaysia dinasihatkan melaporkan diri kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di alamat 45-46, Belgrave Square, London atau menghubungi talian +44 207 235 8033 atau emel kepada [email protected].

Katanya, kementerian menzahirkan ucapan takziah kepada pihak yang terbabit dalam insiden berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mei 2017 @ 11:36 AM