GAMBAR memaparkan banjir lumpur yang memutuskan hubungan ke perkampungan Terskol, dekat Gunung Elbrus iaitu gunun tertinggi di Eropah.
GAMBAR memaparkan banjir lumpur yang memutuskan hubungan ke perkampungan Terskol, dekat Gunung Elbrus iaitu gunun tertinggi di Eropah.
Mohd Husni Mohd Noor


KEDUTAAN Besar Malaysia di Moscow sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk memindahkan pendaki warga Malaysia.

Ini berikutan mereka terkandas akibat banjir lumpur di perkampungan Terskol, dekat Gunung Elbrus, Russia, pada Jumaat lalu.

Kementerian Luar dalam kenyataan, hari ini, berkata, 19 warga Malaysia sedang dalam pendakian ke puncak Gunung Elbrus, Russia, ketika banjir lumpur yang melanda perkampungan itu.

Menurutnya, bencana berkenaan mengakibatkan semua hubungan laluan darat ke kawasan berkenaan terputus.

"Bagaimanapun, semua rakyat Malaysia yang terkandas akibat bencana ini dilaporkan selamat.

"Kementerian Luar Negeri berharap keluarga mangsa bertenang sementara proses perpindahan dijalankan," katanya.

Katanya, rakyat Malaysia yang berada di sekitar kawasan kejadian disarankan berhubung dengan Kementerian Luar atau Kedutaan Besar Malaysia di Moscow untuk mendapatkan perkembangan terkini.

Kementerian Luar boleh dihubungi di 03-88874570 atau emel [email protected] atau Kedutaan Besar Malaysia di Moscow di alamat Mosfilmovskaya Ulitsa 50, 115127 Moscow atau menghubungi +7 495 419 9898; +7 495 419 9899 dan +7 905 7466 944 serta emel ke [email protected]

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2017 @ 9:12 PM