RAKAMAN ‘star trail’ iaitu bintang-bintang yang dicerap di Empangan Selangor, Kuala Kubu Baharu ketika berlakukanya Hujan Meteor Geminid. Teknik fotografi dan gabungan gambar pada perisian khas berjaya menghasilkan kesan seperti ini. FOTO Osman Adnan

KELIHATAN meteor Geminid melintasi ruang udara  Empangan Selangor, Kuala Kubu Baharu. FOTO Osman Adnan
KELIHATAN meteor Geminid melintasi ruang udara Empangan Selangor, Kuala Kubu Baharu. FOTO Osman Adnan
KELIHATAN meteor Geminid melintasi ruang udara kawasan Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Baharu. FOTO Osman Adnan
KELIHATAN meteor Geminid melintasi ruang udara kawasan Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Baharu. FOTO Osman Adnan
Ahli Kelab Astronomi Pulau Pinang ketika merakam gambar hujan meteor Geminid di Balik Pulau pada waktu kemuncak. FOTO Bernama
Ahli Kelab Astronomi Pulau Pinang ketika merakam gambar hujan meteor Geminid di Balik Pulau pada waktu kemuncak. FOTO Bernama
SEORANG jurufoto menunggu untuk merakam gambar hujan meteor Geminid di Balik Pulau pada waktu kemuncak. FOTO Bernama
SEORANG jurufoto menunggu untuk merakam gambar hujan meteor Geminid di Balik Pulau pada waktu kemuncak. FOTO Bernama
ORANG ramai di Balik Pulau menunggu untuk melihat dan merakam gambar hujan meteor Geminid pada waktu kemuncak. FOTO Bernama
ORANG ramai di Balik Pulau menunggu untuk melihat dan merakam gambar hujan meteor Geminid pada waktu kemuncak. FOTO Bernama
Teks Bernama; Foto Osman Adnan dan Bernama

HUJAN meteor Geminid dirakam pada waktu kemuncak di Balik Pulau dan Kuala Kubu Bharu, malam semalam.

Meteor Geminid ialah habuk dan debu peninggalan sebuah asteroid bernama 3200 Phaethon yang dipercayai pernah mengalami suatu perlanggaran yang kuat dan menyebabkan sebahagian daripada permukaannya hancur dan menjadi serpihan debu dan habuk yang bergerak di sepanjang laluan orbitnya.

Setiap kali Disember orbit Bumi akan masuk ke dalam kawasan yang penuh dengan habuk dan debu daripada asteroid 3200 Phaethon ini lalu menghasilkan juraian meteor Geminid.

Peristiwa hujan meteor atau kejadian tahi bintang bermaksud pada ketika peristiwa ini terjadi peninjau berpeluang untuk melihat sehingga puluhan, malah ratusan bilangan meteor atau lebih dikenali sebagai tahi bintang dengan menggunakan mata kasar sahaja.

Meteor merupakan jaluran cahaya yang kelihatan memanjang di langit dan boleh bertahan selama beberapa saat yang bergantung kepada saiznya.

Jaluran yang kelihatan pula berkemungkinan berwarna kejinggaan, kekuningan, kebiruan dan juga kehijauan yang ditentukan oleh komposisi batuan angkasa yang menerjah masuk ke atmosfera bumi.

  • Lagi siri foto Spektrum
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Disember 2020 @ 11:28 AM