SPESIMEN mengandungi permata dari Xinjiang. FOTO Agensi
SPESIMEN mengandungi permata dari Xinjiang. FOTO Agensi
Agensi

Washington: Bagi mereka yang mahu mencari kelainan untuk aksesori sudah pasti menginginkan sesuatu yang sukar ditemui.

Pusat lelongan terkemuka, Christie's kini menawarkan spesimen dari angkasa lepas termasuk meteor (tahi bintang) untuk dilelong kepada pengumpul aksesori.

Objek itu sudah pasti sesuatu yang sukar ditemui.

Ia termasuk spesimen dari bulan dan planet Marikh, termasuk meteor logam estetik dan batuan mengandungi permata.

Meteor adalah sejenis objek kecil dari angkasa lepas yang bergerak melepasi atmosfera bumi sebelum jatuh ke daratan.

Namun ada sesetengah spesimen meteor kini dipamerkan di muzium di seluruh dunia, tetapi 75 daripadanya sudah dijual bulan lalu.

Ia sebahagian daripada kempen lelongan Deep Impact: Martian, Lunar and Other Rare Meteorites.

Daripada keseluruhan koleksi itu, ada meteor berusia tujuh bilion tahun yang jatuh ke bumi dengan cara yang luar biasa.

Menurut Christie's, berat meteor itu kira-kira 7.2 kilogram dan dijual pada harga AS$50,000 hingga 80,000 (kira-kira RM206,000 hingga RM330,000).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Mei 2021 @ 7:20 AM