SHAIFUL (kiri) dan Azuan  melakukan proses kemasan terhadap periuk tembaga. FOTO Bernama
SHAIFUL (kiri) dan Azuan melakukan proses kemasan terhadap periuk tembaga. FOTO Bernama
SHAIFUL (kanan) dan Azuan menunjukkan periuk tembaga yang dihasilkan oleh syarikat mereka. FOTO Bernama
SHAIFUL (kanan) dan Azuan menunjukkan periuk tembaga yang dihasilkan oleh syarikat mereka. FOTO Bernama
AZUAN menuangkan tembaga yang dileburkan ke dalam acuan. FOTO Bernama
AZUAN menuangkan tembaga yang dileburkan ke dalam acuan. FOTO Bernama
SHAIFUL melakukan proses memecahkan acuan bagi mengeluarkan periuk tembaga separa siap. FOTO Bernama
SHAIFUL melakukan proses memecahkan acuan bagi mengeluarkan periuk tembaga separa siap. FOTO Bernama
ANTARA barangan tembaga separa siap yang dihasilkan. FOTO Bernama
ANTARA barangan tembaga separa siap yang dihasilkan. FOTO Bernama
SHAIFUL (kiri) dan Azuan melakukan proses kemasan terhadap periuk tembaga yang dihasilkan. FOTO Bernama
SHAIFUL (kiri) dan Azuan melakukan proses kemasan terhadap periuk tembaga yang dihasilkan. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Terengganu: Proses pembuatan yang rumit, persekitaran kerja pula dianggap kotor kerana penuh debu dan terkena tempias bahang api panas membara, menyebabkan tidak ramai anak muda yang berminat mengusahakan produk tembaga.

Namun, ia berbeza kepada dua sahabat yang sanggup 'bergelumang' dengan keadaan itu kerana yakin pembuatan tembaga adalah 'lubuk rezeki'.

Shaiful Sani Zakaria, 36, dan Azuan Aziz, 33, adalah pemilik bersama SA Unique Craft, iaitu syarikat pembuat tembaga yang beroperasi di pusat inkubator Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu dekat Chendering di sini sejak enam tahun lepas.

Shaiful Sani berkata, meskipun proses pembuatannya mengambil masa yang lama, beliau berpuas hati dapat melihat sendiri kilauan emas tembaga selepas sesuatu produk siap dan detik itu bagaikan terapi untuk dirinya.

SHAIFUL (kanan) dan Azuan menuang bancuhan plaster ke dalam bekas besi bagi menghasilkan acuan periuk tembaga. FOTO Bernama
SHAIFUL (kanan) dan Azuan menuang bancuhan plaster ke dalam bekas besi bagi menghasilkan acuan periuk tembaga. FOTO Bernama

"Saya memang berminat dengan kraftangan sejak remaja lagi kerana sukakan seni warisan. Peluang mengikuti kursus pembuatan tembaga di Kraftangan menguatkan lagi semangat saya untuk menceburkan diri dalam bidang ini kerana permintaan sangat tinggi dan mampu memberi pulangan lumayan.

"Kami juga bertuah kerana dapat menggunakan kemudahan peralatan yang canggih di pusat inkubator Kraftangan ini kerana ia dapat menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti berbanding menggunakan kaedah tradisional," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

SHAIFUL menyiapkan paten lilin untuk menghasilkan acuan periuk tembaga. FOTO Bernama
SHAIFUL menyiapkan paten lilin untuk menghasilkan acuan periuk tembaga. FOTO Bernama

Ketika ini, terdapat lima syarikat pengeluar tembaga di Terengganu dan SA Unique Craft adalah syarikat milik usahawan yang paling muda.

Proses pembuatan tembaga bermula dengan reka bentuk, acuan blok, pemanasan lilin, melebur tembaga, proses tuangan, memecahkan acuan dan kemasan terakhir iaitu melarik, memelas dan menggilap.

Shaiful Sani berkata permintaan tembaga semakin meningkat sejak akhir-akhir ini berikutan kesedaran ramai terhadap keistimewaan tembaga kerana ia adalah warisan bernilai tinggi yang boleh digunakan beratus tahun dan diwariskan kepada anak cucu.

"Selain itu, ada juga pelanggan yang membuat tempahan tembaga kerana tertarik dengan penggunaan periuk tembaga oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam media sosial Seri Paduka.

"Tembaga juga adalah konduktor haba yang sangat berkesan, jadi ramai pelanggan suka sebab masakan akan panas dalam tempoh yang lebih lama berbanding penggunaan material lain di dapur," katanya.

TEPAK sirih antara produk berasaskan tembaga yang dipamerkan. FOTO Bernama
TEPAK sirih antara produk berasaskan tembaga yang dipamerkan. FOTO Bernama

Secara purata, syarikat milik dua sahabat itu mampu menghasilkan 100 periuk tembaga sebulan termasuk peralatan tradisional yang ditempah oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan untuk kegunaan pihak istana.

Bagi Azuan pula, mereka bertuah kerana sentiasa mendapat bimbingan daripada pihak Kraftangan yang membantu dari aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembelian barangan mentah serta inovasi terbaharu tembaga.

"Malah, kami turut memasarkan produk tembaga ini melalui platform dalam talian yang disediakan Kraftangan iaitu e-kraf bazar dan My Craft Shoppe yang 60 peratus daripada hasil jualan adalah melalui platform ini.

"Perancangan kami ialah untuk memperkasakan lagi pemasaran dalam talian kerana segmen pasaran masih luas dan banyak yang perlu diteroka untuk mengangkat martabat tembaga sebagai warisan berharga Terengganu di persada dunia," katanya.

  • Lagi siri foto Spektrum
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Disember 2020 @ 12:44 PM