Tulang, sendi dan otot mungkin semakin lemah seiring dengan usia dan menjejaskan kekuatan serta fleksibiliti menjalankan aktiviti harian.
Tulang, sendi dan otot mungkin semakin lemah seiring dengan usia dan menjejaskan kekuatan serta fleksibiliti menjalankan aktiviti harian.
Hanis Aliaa Hidzir

PELAN Pemulihan Negara (PPN) berfasa yang dilaksanakan di Malaysia adalah tindakan wajar bagi membendung penularan Covid-19.

Namun, situasi ini mengakibatkan masalah kesihatan mental1 yang belum pernah dialami dan mungkin menjejaskan kesejahteraan penduduk di kebanyakan negara termasuk Malaysia.

Dengan kebanyakan orang terpaksa duduk di rumah hampir sepanjang masa, kebebasan terjejas serta terpisah daripada ahli keluarga dan rakan, keadaan ini boleh mendatangkan tekanan.

Akan tetapi, sekatan aktiviti sosial pada masa ini boleh mengehadkan pergerakan harian yang mungkin menjejaskan kesihatan muskuloskeletal, iaitu tulang, otot dan sendi.

Kajian menunjukkan bahawa sekatan tersebut mungkin mendorong kepada kelemahan fizikal dan mempercepatkan kadar perkembangan sarkopenia dalam kalangan warga tua2.

Oleh itu, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian penting bagi meningkatkan ketahanan fizikal dan mental pada masa ini.

Justeru, Anlene™ mengajak rakyat Malaysia untuk terus kekal aktif serta menitikberatkan aspek kesihatan mobiliti khususnya penjagaan tulang, sendi dan otot.

Kekal aktif, amalkan diet seimbang

Diet seimbang dan aktiviti fizikal penting dalam beberapa kondisi berkaitan usia termasuklah mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, penurunan kognitif serta membantu melindungi kesihatan gigi dan tulang3.

Amalan pemakanan yang tidak sihat boleh menyumbang kepada beberapa masalah kesihatan seperti sembelit dan gangguan pencernaan, berat badan berlebihan, masalah otot dan tulang seperti osteoporosis, osteomalacia dan osteoartritis3.

Senaman terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit dan terjatuh, membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mental, mengukuhkan hubungan sosial serta meningkatkan fungsi kognitif4.

Aktiviti fizikal juga penting untuk kekal sihat dan daya tahan5 tubuh terutama dalam kalangan mereka yang meningkat usia.

Pemakanan sokong kesihatan muskuloskeletal golongan meningkat usia

Menurut Penolong Pengurus Pemakanan Fonterra Brands Malaysia Liew Yen Lee, orang dewasa termasuk pertengahan umur dan yang lebih tua perlu memulakan atau meneruskan penjagaan sistem muskuloskeletal yang terdiri daripada tulang, sendi dan otot.

Ini termasuklah ketika negara dilanda serangan wabak yang mengehadkan akses mereka bagi mengamalkan diet seimbang dan kebebasan melakukan senaman.

"Tulang mula menjadi lemah seawal usia 30-an6 dan kepadatan tulang mungkin merosot sehingga 20 peratus7 apabila usia semakin meningkat.

"Manakala, rawan sendi yang bertindak sebagai 'kusyen' antara sendi mungkin merosot dengan ketara selepas usia 40-an8.

"Fungsi otot juga mungkin menjadi lemah dengan penurunan kekuatan otot sehingga 29 peratus apabila usia meningkat9.

"Oleh itu, lakukan senaman kerap untuk mengekalkan kekuatan tulang, sendi dan otot bagi membantu mengekalkan pergerakan, fleksibiliti, keseimbangan dan kualiti hidup pada setiap peringkat usia!"

Tambah Yen Lee lagi, diet seimbang yang merangkumi makanan berkhasiat juga penting bagi menyokong kesihatan muskuloskeletal orang dewasa.

Satu kajian terkini10 menunjukkan kepentingan mengamalkan senaman berkala dan mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang dalam kalangan orang dewasa.

Kajian itu mendapati individu yang mengambil dua gelas susu ditambah dengan Milk Fat Globule Membrane (MFGM), dan nutrien penting serta melakukan senaman kerap, mengalami dua kali peningkatan fleksibiliti, tiga kali peningkatan keseimbangan dan 40 peratus peningkatan jisim otot berbanding kumpulan kawalan.

Nikmati kualiti, kebebasan mobiliti bersama diet harian yang seimbang

Image

Anlene™ ACTIFIT 3X™ dan GOLD 5X™ dirumus khas bagi membantu memenuhi keperluan diet seimbang. Pengambilan diet seimbang harian penting untuk menyokong kesihatan muskuloskeletal.

Dengan setiap gelas susu Anlene™, orang dewasa berusia 35 tahun ke atas boleh menikmati kebaikan ACTIFIT 3X™ yang mengandungi kalsium tinggi, protein tinggi, vitamin B2, B6, B12, C, D, E dan kolagen.

Manakala Anlene™ GOLD 5X™ pula dirumus secara saintifik dengan nutrien-nutrien yang tersebut di atas, serta MFGM Active™, dan tanpa gula tambahan sesuai buat individu berusia 45 tahun ke atas.

Ramuan unik di dalam produk ini ialah MFGM Active™, yang mengandungi MFGM iaitu gabungan lemak dan protein, yang membekalkan komponen hampir sama seperti terdapat dalam cecair sendi.

Nikmati kualiti dan kebebasan pergerakan. Dapatkan Anlene™ dengan hanya RM34.65 bagi Anlene™ ACTIFIT 3X™ (1kg) dan RM38.90 bagi Anlene™ GOLD 5X™ (1kg).

Kedua-dua produk ini boleh didapati di kedai-kedai utama seluruh negara atau secara dalam talian di kedai rasmi Anlene™ menerusi Shopee dan Lazada

Jom uji usia pergerakan anda di pautan ini sekarang dan untuk maklumat lanjut, layari https://www.anlene.com/my/ms.html.


*Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan di Kuala Lumpur melibatkan 190 orang dewasa berusia antara 21-71 tahun, kajian meliputi ujian kekuatan genggaman, fleksibiliti dan keseimbangan. 

Rujukan:

1. Xiong, J.; Lipsitz, O.; Nasri, F.; Lui, L.M.W.; Gill, H.; Phan, L.; Chen-Li, D.; Iacobucci, M.; Ho, R.; Majeed, A.; et al. Impact of COVID-19 pandemic on mental health in the general population: A systematic review. J. Affect. Disord. 2020, 277, 55–64.https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0165032720325891  

2. Nakayama, N. Nutrition for elderly individuals during the COVID-19 pandemic. World Nutr. J. 2020, 4, 1–4. https://worldnutrijournal.org/OJS/index.php/WNJ/article/view/V04.i1.0001 

3. Lansbury, J. (2020, April 20). Nutrition and the Elderly During the COVID-19 Lockdown. Avon Park Care Home. https://www.avonparkcarehome.co.uk/nutrition-and-the-elderly-during-the-...

4. 5 Benefits of Exercise for Seniors and Aging Adults: The GreenFields. The GreenFields Continuing Care Community. (2020, October 28). https://thegreenfields.org/5-benefits-exercise-seniors-aging-adults/.

5. Mackenzie, A. (2020, November 8). Call for a National Covid-19 Resilience Programme to keep older people healthy and resilient. EurekAlert! https://www.eurekalert.org/pub_releases/2020-11/tps-cfa110620.php

6. Buchanan JR et al. 1988. Early Vertebral Trabecular Bone Loss in Normal Premenopausal Women. J Bone & Mineral Research. 3(5): 583-587.

7. Hormones and Healthy Bones. National Osteoporosis Foundation. 2009. 

8. Chung, Aging in Human Joint: Articular cartilage. 1966. Journal of the National Medical Association. 58 (2): 87 – 95.

9. Daly R et al., 2013. Gender specific age-related changes in bone density, muscle strength & functional performance in the elderly: a 10-year prospective population-based study. BMC Geriatrics 13:71.

10. Daly RM et al. (2020) Effects of a multinutrient-fortified milk drink combined with exercise on functional performance, muscle strength, body composition, inflammation, and oxidative stress in middle-aged women: a 4-month, double-blind, placebo-controlled, randomized trial. The American journal of clinical nutrition, 112(2), 427–446.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Julai 2021 @ 9:41 AM