Mohammad Asyraf Khalib

GOUT dikategorikan sebagai penyakit artritis yang terjadi apabila asid urik berlebihan berkumpul dan membentuk kristal pada sendi dan tisu lembut kebiasaannya pada bahagian siku, lutut dan jari.

Pengumpulan dan pembentukan kristal asid urik menyebabkan sendi menjadi radang dan bengkak. Keadaan ini menyebabkan rasa sakit yang kebiasaannya akan menyerang secara tiba-tiba sehingga boleh menjejaskan pergerakan pesakit. 

Serangan gout seperti ini memerlukan rawatan daripada doktor.

Asid urik berlebihan

Kandungan asid urik yang berlebihan atau hiperurisemia dalam badan seseorang biasa terjadi disebabkan pelbagai faktor. 

Antaranya adalah kerana buah pinggang tidak membuang asid urik dengan berkesan atau apabila individu itu makan makanan tinggi purin dengan berlebih-lebihan. 

Makanan tinggi purin yang berlebihan ini akan melalui proses pencernaan dan akan menghasilkan asid urik sebagai sisa perkumuhan. 

Asid urik berlebihan ini akan terkumpul dan membentuk kristal tajam yang berbentuk seperti jarum pada sendi-sendi yang menjadi punca rasa sakit pada bahagian yang terjejas. 

Selain sendi, kristal ini juga boleh terbentuk di dalam saluran kencing dan menjadi batu karang asid urik. Batu karang berkenaan boleh menyebabkan saluran kencing tersumbat dan terhalang daripada mengeluarkan sisa perkumuhan dan ini akan menyebabkan jangkitan kuman.

Kawal pemakanan, ubah gaya hidup

Walaupun purin adalah sejenis protein yang boleh diperolehi daripada kebanyakan makanan, namun anda perlulah memakan makanan tinggi purin dengan kuantiti yang sewajarnya. 

Individu yang mengalami hiperurisemia atau sebarang risiko kesihatan disarankan lebih berjaga-jaga dengan pengambilan purin yang biasanya dihasilkan dalam badan selain turut terdapat dalam beberapa makanan serta minuman. 

Ubah gaya hidup ke arah lebih sihat seperti makan makanan yang sihat, bersenam, minum air yang mencukupi dan mengehadkan alkohol atau minuman manis. 

Penjagaan kesihatan yang baik bukan sahaja dapat membantu menguruskan kandungan asid urik ke tahap yang baik, malah dapat meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Selain dapat menguruskan kandungan asid urik, gaya hidup sihat juga merupakan amalan yang membolehkan individu mengekalkan berat badan yang sihat sekali gus dapat mengurangkan risiko gout dan pelbagai jenis masalah kesihatan. 

Pengalkali air kencing juga boleh diambil bagi mengurangkan tahap asid urik dalam badan. Namun begitu, pesakit gout dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang ubat atau suplemen yang boleh membantu mengurangkan kandungan asid urik.

Anda boleh menonton video tentang produk Ural® di bawah:

 

Pesakit gout boleh mendapatkan Ural® yang membantu mencegah pengkristalan asid urik dalam terapi gout dan membantu melarutkan batu karang akibat lebihan asid urik. 

Ural® ialah pengalkali air kencing berbentuk serbuk, tanpa gula yang diperbuat di Australia. Didatangkan dalam perisa lemon, Ural® pasti enak dan mudah untuk diminum.

Sodium bikarbonat dan sodium sitrat yang terkandung dalam Ural® akan meningkatkan prosess penyingkiran ion bikarbonat ke dalam air kencing lalu meningkatkan nilai pH menjadikan air kencing lebih beralkali1

Air kencing yang beralkali akan menggalakkan pelarutan asid urik yang berlebihan dan juga kristal asid urik.

Nilai pH air kencing yang beralkali membantu meningkatkan keterlarutan batu karang asid urik.

Ural® membantu mencegah pengkristalan asid urik dalam terapi gout dan pelarutan batu karang asid urik1.

Dapatkan Ural® di semua farmasi terkemuka Malaysia atau layari www.uralpromo.my/bm untuk maklumat lanjut. 

Rujukan:

  1. Ural® Malaysia PI, April 2022.

 

Ini adalah iklan ubat 

Abbott Laboratories (M) Sdn Bhd
198701004889 (163560-X)
27-02, Level 27, Imazium, No. 8, Jalan SS 21/37, 
Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 03 7988 7000 Fax: 03 7988 7027

KKLIU 0296/2023 (Tarikh Tamat Tempoh: 31 Disember 2025)
MAL 05072037 XCR

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2023 @ 9:19 AM