Adira sokong usaha Datuk Red.
Adira sokong usaha Datuk Red.
Ramlah Zainal

 

Kuala Lumpur: Penyanyi, Adira Suhaimi gembira apabila melihat suaminya, Datuk Red mula ditawarkan pekerjaan daripada pelbagai pihak menerusi perkongsian video di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram, Adira, 32, berkata, dia juga sentiasa mendoakan yang terbaik agar segala urusan suaminya itu dipermudahkan.

 "Alhamdulillah, gembira untuk awak. Semua yang baik-baik untuk awak. Dekat sini selalu doa yang terbaik. Kerja elok-elok," tulisnya.

Terdahulu, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkongsi di TikTok mengenai dirinya ditawarkan pekerjaan menjadi model untuk gedung pakaian terkemuka.

Selain dari menjadi model untuk gedung pakaian terkemuka itu, Datuk Red turut berkongsi video di TikTok dia mendapat tawaran pekerjaan dari jenama produk makanan kambing perap popular.

Sebelum ini, Datuk Red juga mendedahkan dia terpaksa mencari pekerjaan untuk menyara anak-anaknya selepas diisytiharkan muflis sejak lima tahun lalu.

Pada masa sama, dia juga dia juga sudah beberapa tahun hidup ditanggung dua isteri kerana menanggung hutang mencecah jutaan ringgit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mac 2024 @ 3:21 PM