Reezal Merican (empat dari kanan) bersama barisan penyampai Suria dan DJ Lin (dua dari kanan)
Reezal Merican (empat dari kanan) bersama barisan penyampai Suria dan DJ Lin (dua dari kanan)

Kuala Lumpur: Lokasi pertama program Ybae Suria Masuk Kampung mendapat sambutan meriah daripada warga Kepala Batas, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

Ia turut diserikan dengan kehadiran barisan penyampai Suria, Datuk Fizz Fairuz, Ajak, Kai Hassan, Cik Piah, Rara, Chiwan dan DJ Lin bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan isteri, Datin Seri Ismalina Ismail.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) berkata, pihaknya gembira dengan sambutan luar biasa diterima daripada pendengar setia di utara terhadap program itu.

"Syukur program 'Ybae Suria Masuk Kampung' di lokasi pertama ini mendapat sambutan baik. Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya sesi merewang seawal 9 pagi bersama penduduk di Masjid Al-Jamiul Badawi.

"Selain itu, agihan 800 bekas bubur kanji kepada pengunjung bazar Ramadan Kepala Batas diikuti aktiviti berbuka puasa dengan hidangan di dalam talam bersama lebih 1,000 orang jemaah dan solat terawih bersama-sama.

"Majlis turut disempurnakan dengan sesi serahan sumbangan wang tunai sebanyak RM11,500 kepada pihak Masjid Al-Jamiul Badawi termasuk pemberian duit raya kepada semua jemaah yang hadir.

"Buat pendengar Suria FM di Selatan, nantikan kedatangan penyampai, Datuk Fizz Fairuz, Kai Hassan, Cik Piah, Rara, Chiwan dan DJ Lin di lokasi kedua program 'Ybae Suria Masuk Kampung' yang bakal diadakan Sabtu ini (23 Mac) di Masjid Sungai Abong, Muar, Johor," katanya.

Sementara itu, bagi pendengar di Pantai Timur jangan lupa temui Ajak dan Suria Wheels di Kembara Berkat Ramadan Aeon Mall bertempat di Aeon Kota Bharu, Kelantan pada 23 Mac ini.

Pelbagai aktiviti menarik seperti agihan bubur lambuk, merewang dan banyak lagi menanti pendengar di sana.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mac 2024 @ 12:09 PM