SONG Ji-hyo.
SONG Ji-hyo.
Agensi

Seoul: Pelakon, Song Ji-hyo, 42, menang saman terhadap agensi Uzurocks dan bakal memperoleh lebih RM3.6 juta daripada bekas agensinya itu.

Kelmarin, mahkamah memaklumkan Uzurocks tidak memfailkan rayuan dalam tempoh dua minggu selepas perbicaraan terakhir kes itu pada 28 November lalu.

Mengikut undang-undang, kegagalan agensi itu berbuat demikian sekali gus memberikan kemenangan kepada Ji-hyo.

Menurut wakil Uzurocks, mereka memang mahu menyelesaikan kes itu sebaiknya dan enggan memanjangkan lagi.

"Kami merancang untuk membayar (jumlah yang Song Ji-hyo layak dapat). Adalah kewajipan untuk kami membayarnya. Kami berada di pihak yang salah," katanya.

Pada 22 November lalu, mahkamah memerintahkan Uzurocks membayar RM3.5 juta berserta imbuhan kelewatan sebagai wang penyelesaian kepada pelakon itu.

Anggaran bayaran keseluruhan adalah sekitar termasuk bunganya adalah RM3.6 juta.

Sepanjang perbicaraan, Uzurocks dikatakan kurang responsif selain gagal melantik wakil peguam untuk mempertahankan mereka dalam kes berkenaan.

Kes saman terbabit berlaku ekoran Ji-hyo menamatkan kontrak eksklusif bersama Uzurocks pada 14 April lalu. Ketika itu, berlaku konflik mengenai gaji yang tidak dibayar selain isu peletakan jawatan.

Sementara itu, wakil guaman pelakon terbabit memaklumkan mereka dalam perbincangan mengenai tindakan seterusnya terhadap agensi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Disember 2023 @ 10:20 AM