DIDI (tengah) bersama keluarganya.
DIDI (tengah) bersama keluarganya.
Ramlah Zainal

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi Didi Astillah berjaya menamatkan kursus kru kabin untuk bergelar pramugari dengan syarikat penerbangan Batik Airlines.

Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), ibunya, Zarina Salleh,47, berkata dia bersyukur kerana Didi akhirnya berjaya menamatkan latihan kru kabin seperti yang diimpikannya.

"Alhamdulillah adik (Didi) habis juga kau belajar, mama doakan kerjayamu yang baru ini dan ini la cita-citamu dari kecil tercapai juga, Amin," tulisnya.

Dalam perkongsiannya juga Zarina turut memuat gambar mereka sekeluarga meraikan majlis graduasi Didi sebagai pelatih kru kabin syarikat penerbangan berkenaan.

Hadir sama, kakaknya yang juga pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

Didi atau nama sebenar, Dayang Nazilah Awang Astillah, 27, juga terbabit dalam bidang seni dan mengikut jejak, Bella. 

Pada masa sama, Didi juga pernah menghasilkan beberapa album sebelum ini.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Oktober 2023 @ 9:29 PM