DIDI (kanan) bersama Awang (gambar kecil) sentiasa bersama Bella.
DIDI (kanan) bersama Awang (gambar kecil) sentiasa bersama Bella.
Sudirman Mohd Tahir


"MASIH ada keluarga yang selalu di belakang kakak (Bella)," kata bapa Bella Astillah iaitu Awang Astillah selepas anaknya bercerai dengan penyanyi Aliff Aziz, semalam.

Awang Astillah menerusi status dimuat naik di Instagram turut mendoakan Bella berada dalam keadaan baik tanpa perlu mengambil pusing cakap-cakap orang sekeliling mengenai perceraian itu.

"Ayah doakan anak ayah baik-baik saja. Biarlah orang nak cakap apa. Susah senang hanya keluarga yang tahu. Apa yang penting, jaga Ayden dan besarkan dengan baik supaya menjadi anak soleh," katanya.

Sementara itu, adik Bella yang juga penyanyi, Didi Astillah mendokan semoga kakaknya sentiasa kuat dalam setiap dugaan.

"Kak Long tenang hadapi dugaan ini. Mungkin sebab Kak Long ikhlas dengan setiap benda dilakukan. Terima kasih kerana menjadi contoh yang baik untuk adik-adik dan setiap wanita yang melalui perkara sama di luar sana," katanya.

Semalam, Aliff melafazkan cerai talak satu terhadap Bella di hadapan Hakim Syarie Izzat Syazli Murshid selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2019 @ 4:29 PM