Kuala Lumpur: Singkatan perkataan 'Miss You (u) So Much' (MUSM) menjadi topik trending di aplikasi X, semalam.

Singkatan itu didakwa digunakan penyanyi, Aliff Aziz sebagai membalas mesej 'LUM' atau 'Love You (u) More' yang dihantar pelakon, Ruhainies.

Semua singkatan itu antara kandungan mesej yang dipaparkan pada tangkap layar WhatsApp membabitkan Ruhainies dan Aliff seperti yang didedahkan oleh seorang lagi kekasih Aliff dikenali sebagai Sarah Yasmine.

Selain singkatan ungkapan cinta itu, nama Aliff Aziz menduduki tangga teratas carta trending Malaysia.

Turut berada dalam senarai Top 5 trending adalah nama Ruhainies, Sarah Yasmine dan Bella Astillah.

Terdahulu, Sarah Yasmine sekali lagi mendedahkan beberapa perbualan romantis dan perancangan yang disusun pelakon Ruhainies bersama Aliff di aplikasi WhatsApp.

Sarah berkata, tindakan pendedahan yang dilakukannya itu adalah sebagai balasan selepas berasa ditipu oleh Aliff dan Ruhainies.

Antara perbualan yang menarik perhatian adalah Ruhainies yang seolah-olah kurang senang apabila Bella dilantik sebagai wajah baru produk kecantikan yang sebelum ini melantiknya sebagai wajah produk itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2024 @ 8:56 AM