Kilafairy
Kilafairy

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi Kilafairy memaklumkan dirinya dijangkiti Influenza A selepas melakukan ujian saringan.

Kilafairy atau Syakila Nisa Jahangir Khan, 31, menerusi perkongsian di Instagram Story memohon maaf kerana terpaksa membatalkan beberapa tawaran kerja di saat-saat akhir.

"Dijangkiti Influenza A. Saya memohon maaf kerana terpaksa membatalkan beberapa acara dan kerja penggambaran pada saat akhir," tulisnya.

Dalam masa sama, Kilafairy memberitahu, ini kali pertama dia jatuh sakit selepas pemergian ibu tercinta yang juga penyanyi veteran Allahyarhamah Rohana Jalil yang meninggal dunia pada 20 Jun lalu.

""Ini kali pertama mengharungi kesakitan tanpa ibu. Ia sukar," katanya.

Rohana menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Allahyarhamah meninggal dunia akibat kebocoran usus.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 September 2023 @ 10:36 AM