KUALA LUMPUR 04 JULAI 2023. Nur Fazura pada Majlis Pelancaran Rancangan 'INNOVATHON' dan Sidang Media, Royale Chulan Jalan Conlay, Kuala Lumpur. NSTP/ASWADI ALIAS.
KUALA LUMPUR 04 JULAI 2023. Nur Fazura pada Majlis Pelancaran Rancangan 'INNOVATHON' dan Sidang Media, Royale Chulan Jalan Conlay, Kuala Lumpur. NSTP/ASWADI ALIAS.
Syafil Syazwan Jefri

 

Kuala Lumpur: Pelakon, Nur Fazura tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua buat perkahwinannya dengan suami yang juga pelakon, Fattah Amin. 

Fazura, 40, ketika ditemui di sidang media program Innovathon berkata, anaknya, Nur Fatima Aisya juga nampaknya ingin mempunyai teman untuk bermain. 

"Sebenarnya soalan zuriat ini agak peribadi buat saya. Rezeki Allah itu sudah tentu saya tidak akan tolak dan saya memang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua. 

"Saya pun kasihan melihat Fatimah yang seorang diri (tanpa adik beradik). Kalau di rumah, dia selalu juga luahkan hasrat nak ke rumah sepupu untuk bermain. 

"Saya dan Fattah memang bersedia pada bila-bila masa untuk menimang anak kedua. Kalau nak cakap kami merancang atau tidak, saya tak boleh komen. Insya-Allah, kalau ada rezeki, kami tak tolak," katanya. 

Fazura kini menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap untuk program bercorak inovasi, Innovathon yang akan bersiaran di saluran Astro Ria, bermula 15 Julai ini. 

Selain Fazura, kerusi juri tetap juga diisi oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Chang Lih Kang. 

Terdahulu, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2023 @ 11:05 PM