FATIMA yang dipangku oleh ibunya, Fazura.
FATIMA yang dipangku oleh ibunya, Fazura.

Kuala Lumpur: Perkongsian foto terbaharu pelakon Nur Fazura bersama puteri tercintanya, Nur Fatima Aisya di Instagram mencuri perhatian ramai.

Fazura yang membawa Fatima bercuti sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39 tahun esok membuatkan warganet teruja dengan kemanjaan yang dipamerkan. 

"Alhamdulillah, percutian sempena ulang tahun ibu sudah tiba. Jom pergi Fatima," tulisnya. 

Menerusi dua foto yang dimuat naik, Fatima dipangku Fazura ketika berada di dalam sebuah kereta dan kelihatan wajah Fatima yang mengantuk. 

Bagaimanapun, rata-rata pengikut 'terpaku' dengan kecomelan Fatima di samping ibunya itu. 

"Alaa comel je Fatima," tulis seorang pengikut. 

"Comelnya... Fatima (anak) solehah lagi bijaksana nak pergi bercuti mana tu?," kongsi seorang lagi pengikut. 

Dalam masa sama, terdapat seorang pengikut yang bertanya adakah Fatima mengetahui ibunya itu adalah Fazura (figura terkenal). 

"Fatima tahu tak yang mak dia itu Fazura eh?," tulis seorang pengikut beserta emoji lucu. 

Percutian sempena hari jadi Fazura turut ditemani suami yang juga pelakon popular, Fattah Amin. 

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi percutian mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 September 2022 @ 9:46 PM