Fazura bersama suami dan anaknya.
Fazura bersama suami dan anaknya.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon, Nur Fazura berkongsi mengenai perancangannya untuk menambah bilangan cahaya mata dalam rumah tangganya bersama suami yang juga pelakon, Fattah Amin.

Fazura ketika ditemui berkata, anaknya, Nur Fatima Aisya juga kerap kali menunjukkan reaksi suka apabila menonton video berkaitan dengan bayi.

"Memang kami sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata kedua. Fatima pun dah nak masuk dua tahun dan dia selalu menonton video yang berkaitan dengan bayi.

"Jadi, saya tahu dia sangat sukakan bayi. Insya-Allah, sekarang saya masih lagi sibuk dengan urusan kerja. Jadi, penghujung tahun ini mungkin masa yang sesuai untuk kami mulakan usaha," katanya kepada Harian Metro.

Pada masa sama, dia juga mengakui berdoa agar dikurniakan tiga cahaya mata.

"Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya nak anak lelaki. Tapi, pada masa sama, saya juga memohon dan berdoa semoga ada bayi nombor tiga pula sebab saya nak tiga anak.

"Kalau kembar, saya lebih suka kalau mereka memiliki rupa paras yang berbeza dan bukan kembar seiras," katanya.

Terdahulu, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Fatima pada 2 Oktober 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2022 @ 1:42 PM