Aidil dan Fasha
Aidil dan Fasha
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Pelakon Aidil Aziz menafikan khabar angin isterinya, Fasha Sandha kini hamil cahaya mata kedua mereka.

Jelas Aidil, dia dan isterinya sedang sibuk dengan komitmen kerja pada awal tahun dan tidak menafikan pertambahan zuriat itu ada dalam perancangan mereka.

"Tak adalah itu sekadar khabar angin semata-mata. Fasha belum hamil lagi. Insya Allah, pada masa akan datang.

"Kalau ada rezeki, mungkin ketika kami sudah kurang sibuk nanti. Apabila sudah melaksanakan komitmen kerja, Insya Allah kami akan ikhtiar untuk menambah seorang lagi.

"Apabila ada yang membuat andaian Fasha mengandung atau hamil, itu bermaksud orang sayang dengan dia. Bagi saya tiada masalah pun, malah benda yang baik sekiranya dia mengandung.

"Saya pun suka apabila ada yang mendoakan baik-baik buat isteri saya. Sekiranya hamil nanti, pasti kita akan berkongsi kepada umum mengenai berita itu," kata Aidil. Aidil mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, semalam.Aidil dan Fasha mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Aisha Amaira, 2 tahun.Sebelum itu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2023 @ 1:16 PM