Janna dan Dini mula menjalin cinta sejak 2018.
Janna dan Dini mula menjalin cinta sejak 2018.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Hubungan cinta pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann sekali lagi diuji apabila dikhabarkan sudah berakhir.

Status hubungan cinta pasangan itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat selepas Janna memuat naik hantaran di Instagram seolah-olah sudah berpisah dengan Dini.

"Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya," tulis Janna ringkas.

Pelakon itu turut menutup ruangan komen pada hantaran itu. Janna menerusi perkongsian berasingan di Instagram Story malam semalam sempat meluahkan keinginan untuk melancong.

Perkongsian yang menggunakan lagu berjudul If I Would Have Known nyanyian Kyle Hume juga seakan-akan memberikan gambaran mengenai situasi Janna ketika ini.

Harian Metro cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada Janna dan Dini, namun panggilan dan WhatsApp yang dihantar tidak dibalas.

Terdahulu, Janna dan Dini memulakan perhubungan mereka pada Julai 2018 semasa sama-sama menjalani penggambaran drama Bukan Cinta Aku.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2022 @ 1:46 PM