Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: "Ada duit semuanya boleh buat," kata pelakon dan usahawan, Zara Zya mengenai perubahan pada wajah seseorang selebriti.

Ia susulan hantaran video dan gambar dimuat naik pengguna laman sosial yang membandingkan wajah dulu dan kini beberapa selebriti tanah air, termasuk Zara.

Zara, 37, atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, tidak menjadi masalah jika ada mana-mana selebriti yang mendapatkan rawatan wajah demi menjaga penampilan mereka.

"Memang betul apabila dah ada duit macam-macam boleh buat. Itu saya setuju. Lagipun zaman dulu tiada 'filter', sekarang dah banyak. Mahu mendapatkan 'filter' pun kena menggunakan telefon bimbit mahal.

"Lagi satu, macam dulu tidak banyak klinik estetik yang mahu menaja dalam memberikan rawatan muka. Sekarang, ada banyak termasuk rawatan laser dan sebagainya. Jadi, berbanding sekarang semuanya ada dan mudah. Bagi saya selebriti memang perlukan itu, kenapa tidak kan? Tak ada masalah pun," katanya kepada Harian Metro.

Pengarah Urusan Gold Sand Empire Sdn Bhd, Aidah Mohamed bersama Zara Zya melancarkan produk kesihatan wanita, PASIMA di Floral Terrace Hampshire. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Pengarah Urusan Gold Sand Empire Sdn Bhd, Aidah Mohamed bersama Zara Zya melancarkan produk kesihatan wanita, PASIMA di Floral Terrace Hampshire. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN

Terdahulu, Zara yang popular menerusi drama Risik Pada Hati ditemui pada Majlis Pengumuman Kerjasama antara Zara Zya dan Syarikat Gold Sand Empire Sdn Bhd dalam menghasilkan produk kesihatan wanita, Pasima, di sini, hari ini.

Menurut Zara, dia juga tidak ada masalah jika ada mana-mana pihak membandingkan wajahnya yang dulu dan sekarang.

"Secara peribadi saya tak ada masalah jika orang nak tunjuk dan buat perbandingan wajah dulu saya dan sekarang. Dari segi umur memang jauh berbeza. Lagi pun saya tak ada buat muka berlebihan macam buat hidung, sebab hidung saya masih asli.

"Kalau cucuk atau ambil suntikan pun ia untuk kesihatan kulit. Ini kerana selebriti memang bersolek hampir setiap hari, jadi muka akan naik jerawat dan jeragat. Jadi perlukan suntikan vitamin," katanya.

Mengenai kerjasama yang terjalin, Zara berkata, dia mengambil masa lama untuk memberikan persetujuan kerana mahu melihat dan mencuba sendiri kandungan produk itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2022 @ 8:06 PM