Kumpulan Slank
Kumpulan Slank
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Kumpulan terkenal Indonesia, Slank bakal mengadakan Konsert 4 Dekad Slank pada 19 November depan, jam 8.30 malam bertempat di Zepp, di sini.

Dianjurkan TBRW Global Sdn Bhd, penantian peminat tegar kumpulan itu berakhir untuk melihat persembahan kumpulan rock cukup berpengaruh itu.

Jurucakap penganjur, Wan Norul Fadly berkata mereka sangat berbesar hati apabila Slank menerima tawaran untuk mengadakan persembahan di sini.

"Kami cukup terharu dan gembira dengan kesudian Slank untuk muncul di Malaysia selepas sekian lama tidak muncul di Kuala Lumpur khususnya.

"Kami ingin membawakan sebuah kumpulan yang sangat legenda dari seberang. Kami berasa sangat gembira untuk mengumumkan Konsert 4 Dekad Slank yang akan diadakan pada 19 November ini," katanya.

Slank yang dianggotai oleh Kaka (vokal), Bimbim (dram), Abdee Negara (gitar), Ridho (gitar) dan Ivanka (bass) adalah kumpulan rock terbesar di Indonesia yang berasal dari Jakarta.

Kumpulan pujaan ramai itu diasaskan pada 26 Disember 1983 oleh remaja di lorong dekat Jakarta yang bergelar Gang Potlot, dengan membawa muzik aliran rock.

Muzik Slank juga dianggap sebagai salah satu khazanah kebudayaan Indonesia. Malah Slank pernah merangkul pelbagai anugerah antaranya empat kali memenangi Album Rock Terbaik di Anugerah Musik Indonesia serta memenangi Most Favorite Band di Anugerah MTV Indonesia dan pelbagai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 September 2022 @ 2:08 PM