Zaara Talita

Kuala Lumpur: Netizen terus membuat andaian mengenai wajah anak pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz iaitu Muhammad Bilal.

Terbaharu, satu foto Neelofa sedang mengendong bayi lelaki menjadi tular menerusi TikTok.

Enggan membiarkan netizen berterusan membuat andaian sendiri, bekas pengacara program MeleTOP itu tampil membalas persoalan mengenai kesahihan perkara itu.

Neelofa memaklumkan gambar yang tersebar itu bukanlah anaknya tetapi memuji bayi lelaki yang comel itu.

"Hehe, maaf semua, ini bukan Bilal tetapi bayi ini comel. Masya-Allah," tulis Neelofa di ruangan komen.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Riz pada 27 Mac tahun lalu dan Bilal dilahirkan pada 29 Januari lalu.

Pasangan itu bagaimana pun mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi wajah penuh anak lelaki mereka sebaliknya hanya mendedahkan sebahagian tubuh seperti kaki dan lengan di media sosial.

Terdahulu, ada yang membuat andaian wajah Bilal seakan-akan sepupunya Jebat Ahmad Jayden iaitu anak kepada kakak Neelofa, Noor Nabila dan bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2022 @ 4:19 PM