Hantaran Neelofa di Instagram Story.
Hantaran Neelofa di Instagram Story.

Kuala Lumpur: Selebriti terkenal Neelofa memberi bayangan wajah anak sulungnya bersama suami juga pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz iaitu Muhammad Bilal mirip wajahnya.

Ia berdasarkan hantaran Neelofa, 33, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor di Instagram Story yang memaparkan penampilanya sewaktu kecil bersama ibunya, Datin Noor Kartini.

"Tengok masa kecik (kecil) ni, rasa macam 'copy-paste' Bilal sangat," tulisnya dengan disertakan emoji ketawa.

Bagaimanapun, Neelofa yang masih memilih untuk tidak memaparkan wajah penuh Bilal pada umum kerap berkongsi mengenai perkembangan anak pertamanya itu di Instagram Story dan TikTok.

Terdahulu menerusi laporan media, Neelofa juga bekas pengacara program MeleTOP tidak berbuat demikian kerana belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya daripada penyakit 'Ain (gangguan disebabkan pandangan).

Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu.

Neelofa selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal yang kini berusia empat bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2022 @ 8:25 PM