Kuala Lumpur: Hantaran terbaru pengacara Neelofa, 33, di Instagram yang berkongsi foto anaknya Bilal membuat ramai rasa 'geram' dengan kelibat comel si cilik itu.

Kebanyakan teruja melihat Bilal yang kelihatan agak gebu keputihan dan hantaran itu turut dihujani komen mendoakan anak Neelofa serta suaminya Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz jadi anak soleh.

Neelofa sendiri sangat bersyukur dengan kehadiran cahaya mata berharga itu dalam hidupnya. Dia mendoakan setiap anak kecil lain di luar sana sentiasa dilindungi.

"Anakku Muhammad Bilal genap enam bulan hari ini. Tiada perkataan yang boleh gambarkan perasaan saya dan suami setiap kali bercakap tentang anak soleh ini. Moga sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah SWT.

"Semoga semua anak-anak kecil di luar sana juga sentiasa dalam kebaikan dan perlindungan. Allah ya Hafiz ya Muhaimin," tulisnya.

PU Riz juga tidak ketinggalan memberikan komen pada hantaran isterinya itu.

"Anak soleh," tulisnya.

Dalam ruangan komen kebanyakannya ternyata geram dengan penampilan terbaru anak pasangan terbabit. Tidak lain kerana Bilal kelihatan agak tembam dan comel.

Neelofa turut mengatakan bukan sengaja menutup wajah Bilal dengan bantal.

"Itu bantal busuk kegemaran dia, tutup mata tengah tidur. Bukan tutup hidung ya," katanya,

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz memilih untuk enggan berkongsi wajah Bilal kerana belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya daripada penyakit 'Ain (gangguan disebabkan pandangan).

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu dan menyambut kelahiran Bilal pada awal tahun ini.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2022 @ 2:39 PM