Neelofa berkerusi roda dengan disorong suaminya, PU Riz ketika kunjungan mereka ke Brunei, baru-baru ini.
Neelofa berkerusi roda dengan disorong suaminya, PU Riz ketika kunjungan mereka ke Brunei, baru-baru ini.
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Selebriti popular Noor Neelofa sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tiba berkerusi roda ketika kunjungannya ke Brunei. 

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh peminatnya menerusi Instagram (IG) Lofa World, Neelofa disorong suaminya, PU Riz atau Haris sebaik saja tiba di negara itu.

Dalam video itu, Neelofa juga disambut ramai yang hadir menanti ketibaannya.

Menerusi komen entri berkenaan, rata-rata memberi pembagai reaksi. 

Selain merasakan Neelofa ada masalah kesihatan, ramai yang membuat andaian ibu kepada Muhammad Bilal itu sedang hamil lagi.

Ada dikalangan warga maya turut menyamakan situasi kesihatan Neelofa sebagai perkara biasa terutama bagi wanita baru saja melahirkan.

Terdahulu, tular video Neelofa mengendong Bilal ketika berada di lapangan terbang. Malah, peminat turut teruja melihat aksi Bilal yang aktif.

Difahamkan Neelofa dan PU Riz ke Brunei bagi menjayakan majlis sesi bual bicara motivasi di sana.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari lalu.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Disember 2022 @ 12:25 PM