Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Pengacara dan usahawan popular, Neelofa berkongsi anak sulungnya, Muhammad Bilal sepatutnya dilahirkan pada tarikh sama ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada hari ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Neelofa berkongsi salinan ultrasound yang tertera tarikh jangkaan bayi sulungnya itu lahir. 

Bagaimanapun, Neelofa yang menyambut ulang tahun ke-33 tahun menyifatkan percaturan Allah SWT jauh lebih baik. 

"Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan ummi dia, tapi aturan dan waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik.

"Hadiah teristimewa buatku, menjadikanku seorang ibu. Semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan Allah SWT. Harta dunia akhirat Abah dan Ummi," tulisnya.

Menerusi hantaran sama, isteri kepada pendakwah, PU Riz itu dihujani dengan ucapan hari jadi serta tahniah atas kelahiran cahaya mata pertama. 

Neelofa dan Haris mendirikan rumahtangga pada 27 Mac tahun lalu dan mereka selamat menimang cahaya mata pertama 29 Januari lalu.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Februari 2022 @ 10:29 AM