Mawi.
Mawi.
Sudirman Mohd Tahir

 

Kuala Lumpur: Pernah menjadi mangsa sihir atau buatan orang membuatkan penyanyi dan pengarah, Mawi percaya apa yang berlaku terhadap pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim yang dikatakan turut disihir. 

Mawi, 41, atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkata, hanya orang yang tidak percaya pada perkara ghaib saja berasakan masalah kesihatan dialami Ustaz Kazim adalah tidak logik. 

"Kasihanlah pada dia. Orang-orang yang tidak percaya benda ghaib, akan berasa tak logik. Kalau yang betul-betul beriman, percaya benda ghaib, memang wujud sebab saya pernah lalui benda ini.

"Apabila berbual dengan ustaz mengenai perkara ini, sebab itu keserasian kami kuat. Sebab itu buat juga cerita ini. Kami lalui pengalaman sama. Saya yakin benda ghaib wujud. Jadi nak kongsi cerita ini sebagai pengajaran buat semua," katanya kepada Harian Metro.

Mengenai filem arahannya Zim Zim Ala Kazim yang turut menampilkan Ustaz Kazim selaku watak utama, Mawi berkata, ia dijangka ditayangkan tahun ini ini.

"Ikutkan filem ini akan ditayang sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Asalnya juga untuk Astro First. Tapi mungkin berubah ke panggung sebab sudah boleh dibuka semula, jadi kita cuba tahun ini juga.

"Cumanya akan ambil masa sikit, sebab banyak proses perlu dilalui. Tapi, kalau segalanya okay mungkin hujung tahun ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2022 @ 8:37 AM