Dolla dianggotai Sabronzo (dari kiri), Tabby, Syasya dan Angel.
Dolla dianggotai Sabronzo (dari kiri), Tabby, Syasya dan Angel.
Najiy Jefri


Petaling Jaya: Anggota kumpulan Dolla menitiskan air mata gembira mereka selepas berlangsungnya DOLLA Mini Showcase di Nero, Event Space, PJPAC, 1Utama, Petaling Jaya, di sini, malam tadi.

Dolla dianggotai Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya dilihat begitu terharu dengan sokongan peminat yang sanggup datang menyaksikan persembahan mereka serta menyokong perjalanan karier seni sehingga kini. 

Acara yang dihadiri 100 peminat termasuk kaum keluarga itu menyaksikan Dolla menyanyikan lima lagu hits mereka.

Antaranya Berani, Watch Me Glow, Dolla Make You Wanna, Bad serta 'cover' lagu Cold Blooded yang dipopularkan penyanyi Korea Selatan, Jessi. 

Dolla Mini Showcase turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi baharu, Juki yang menghiburkan penonton menerusi single pertamanya, Pacu yang bakal dilancarkan pada 11 Mac depan.

Lebih istimewa, selesai saja acara nyanyian itu berlangsung peminat turut berpeluang beramah mesra dengan Dolla di sesi 'meet and greet'. 

Untuk rekod, Dolla yang muncul di era pandemik Covid-19 pada 2020 lalu turut menjadi kumpulan penyanyi wanita pertama dari Malaysia tampil di papan iklan digital di New York Times Square, Amerika Syarikat, September tahun lalu.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Februari 2022 @ 10:42 PM