Chick Vennera.
Chick Vennera.
Agensi

Los Angeles: Pelakon veteran Chick Vennera meninggal dunia pada usia 74 tahun di kediamannya, di sini, semalam, selepas bertahun menghidap kanser.

Berita sedih itu disahkan anak perempuannya Nicky Vennera, hari ini.

Bintang filem ini popular menerusi aksinya menari atas kereta dalam filem Thank God It's Friday pada 1978.

Filem itu turut dibintangi penyanyi Donna Summer, Debra Winger dan Jeff Goldblum.

Vennera juga membintangi sitkom popular, The Golden Girls bersama Beatrice Arthur, Betty White, Rue McClanahan dan Estelle Getty.

Namanya turut meledak selepas membintangi filem arahan Robert Redford berjudul The Milagro Beanfield War pada 1988.

Vennera juga aktif menyumbang suaranya dalam pelbagai program animasi pada era 1990-an antaranya Capitol Critters, Batman : The Animated Series, The Real Adventures of Jonny Quest, Animaniacs and Pinky dan the Brain. 

Vennera meninggalkan isteri, Suzanne dan seorang anak perempuan, Nicky.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Julai 2021 @ 10:53 AM